Sabtu, 18 Jun 2011

Merindui Kamu (hanya yg tinggal..... ku menatap wajah kaku)

Kali ini aku ingin beremosi sikit hehehe jadi pada korang yg tak suka tu tak perlu lah meneruskan lagi bacaan. Korang boleh tengok gambar lawak atau apa2 yg menarik dalam blog ini. Aku nak beremosi tentang diri sendiri pula kali ni.
Ini adalah gambar rumah Felda yg origenal, rumah yg mula2 sekali didirikan untuk peneroka felda. Semuanya sama je dan ini bukan lah rumah asal aku tak tahu lah rumah siapa tapi rumah orang felda aku juga ni. Sekarang semua dah diubah suai dan besar2 belaka, yaaaa aku memang anak peneroka. Bukan pasal felda yg aku nak ceritakan tapi pasal seorang insan yg digelarkan ibu.
Sekarang aku tak boleh melihat Hospital, setiap kali aku melihat aku akan teringat. Tak kira lah apa2 pun pasal hospital mesti aku teringat, bila aku tonton video atau movie yg ada menunjukan alatan hospital mesti aku teringat. Lebih mudah cakap aku benci hospital, banyak kepahitan yg bersarang di hati. Kemarahan dan penyesalan yg menghantui diri. Bila aku terlihat tiub yg biasa dimasukan dari hidung bagi orang yg sakit terlantar kat katil wad hospital tu lagi lah menusuk hati aku ni.
Dah beberapa kali aku bermimpi bertemu kembali dengan mak aku, dalam mimpi tu mak aku tersenyum sentiasa. Kerap kali juga lah aku bermimpi sampaikan dalam mimpi tu mak aku tanya rindu pada dia ke?? Eemmm mungkin kot sebab tu sering aku bermimpi untuk menghilangkan rasa rindu yg bergunung di hati. Semejak pemergian beliau hidup aku agak kucar kacir, tiada tempat untuk bermanja. Betul juga kata mak kawan aku tu yg diri aku ni kesian sebab dah tak ada tempat untuk bermanja dan dikasihi seikhlas hati.

Aku sokong sangat apa yg ditulis oleh orang ni, cool dan betul. Semuanya "cuma satu" iaitu IBU, korang pernah dengar tak lagu ni
Dari dulu lagi suka lagu ni, sekarang bila aku dengar je lagu ni mesti aku menitiskan air mata. Aku ubah "babe" "baby" dan semua yg berkenaan kepada "mom" dan ubahkan lagu ni menjadikan lagu untuk ibu bukan pada kekasih. Xtreme miss you mom ;(
Banyak menda yg aku fikirkan sekarang ni, merungsingkan diri membuatkan otak aku sampai jem blurr aje. Jadi jangan lah korang bertanyakan soalan diwaktu aku sedang blur hukhuk. Caci maki saja diri ku, marah saje yg aku terima entah lah.... oppsss ada pesanan sedikit untuk sahabat yg berhampiran.
Wokey bila korang tanya soalan itu beberapa kali masih tiada resporn itu pertanda soalan itu sentetif atau jawapan pada soalan itu tidak untuk korang tahu. Jadi tak perlulah bertanya lagi hehehe apa soalan ni?? ok biar aku sampaikan apa yg kebanyakan orang tak tahu pasal dia ni dan orang itu? nama aku rahsiakan kerana bagi korang yg berhampiran dan mengenali mesti korang tahu siapa yg aku maksudkan. Orang sini je alaaaa yg tu hehehe yg bermula dengan D haaaaa korang dapat tangkap dah kan. Memang dia tak suka untuk bagi tahu pasal perkara ni dan aku akan bagi tahu lah pada korang supaya jangan ditanya lagi. Sebenarnya dia dah tak ada apa2 hubungan dengan perempuan itu.. sekian hahaha jadi apa yg korang dengan onar2 dulu pasal bulan ni tu tak menjadi dan dibatalkan... uuiikkkk sebab apa?? hahaha ok meh aku ceritakan tapi aku ubah lah sikit cara penyampaian tu ek. Semuanya aku tahu sebab dia meluahkan pada aku dulu... bergini lah aku buatkan sebagai pesanan pada semua perempuan lah senang.
Anda kaum perempuan hakhak cuba jangan mendesak laki korang sebab itu akan menjahanamkan lagi hubungan itu, laki tu aku maksudkan pada semua kelompok lah. Pakwe, suami dan sebagainya, Lelaki ni mudah je bila korang duk mendesak je bertubi-tubi dia akan tesen dan "melepaskan korang" untuk mempermudahkan hahaha. Jangan duk sibuk nak bandingkan dengan laki lain atau berkaitan dengan lelaki lain walaupun itu memang sengaja korang buat ataupun sekadar ingin mengjeleskan lelaki korang tu. Contoh situasi seperti ini " hujung bulan ni ada orang nak minang" dan korang akan mendapat jawapan yg seperti ni "ok.. bagus lah" hahaha apa rasa korang?? mesti bengang kan.... yaaa jangan jadi bangang. Cuba lihat dan fikirkan situasi laki tu dulu macam mana... kalau anak yatim tu.. macam mana? hampeh korang fikirkan punya kompom tak fikirkan. Dah tahu orang perempuan ni tak fikir apa yg dia fikir semua pasal diri dia je orang lain pergi mampus hahaha oppsss teremosi pulak aku.. sowi...sowi..! tapi memang hakikat macam tu, semuanya mesti berkaitan dengan dia punya feeling.. walhal nak makan nasi pun kena feel pasal dia hakhak apa kes?. Ok berbalik pasal yg takdi, bila tiada orang tua ni agak susah sikit lah... kena faham tang tu. Bukan tak serius, cuba fikir tak akan nak pergi meminang dengan kawan2 je tanpa orang tua?? apa akan jadi kalau macam tu?? kena ambil masa untuk mencari wakil orang tua dulu. Jadi bila dah sibuk mendesak lelaki pun melepaskan lagi untuk mempermudahkan sahaja segalanya hahaha. Jaga mulut korang tu semasa berkata yaaa tahu korang meluahkan apa yg ada dihati tapi jaga hati yg mendengar tu juga. Kalau korang kata orang laki lain lagi bagus haaa apa lagi pergilah kat laki tu apa susah kan hukhuk melepaskan lagi adeehhh!
Bukan semua lelaki dalam dunia ni jenis yg kuat kesabarannya macam aku ni ceeewah hakhak. Jadi ramai yg kurang sabar dan bila korang buat pekara yg kat atas tu dengan mudah korang akan dilepaskan. Bukan tak serius dalam hubungan tetapi ada yg tak tahan dengan karenah tu. Kalau buat macam tu pun tak kena, buat macam ni pun masih tak kena sapa tahan?? tahu lah perempuan ni sentiasa tak puas dengan apa yg mereka ada tapi fikir-fikirkan lah sama. Dah lah malas dah aku nak tulis lagi kang ada yg perasan pula, lain orang yg dituju orang lain pulak yg lebih perasan. Jadi sekarang korang dah tahu kan kenapa jadi korang jangan lagi tanyakan soalan yg berkaitan dengan orang tu pada orang tu. Maaf lah ek pada yg terasa, sebenarnya bukan semua lelaki tu bagus juga, Tak kira lelaki atau perempuan semuanya tak sempurna semuanya ada kekurangan dan semuanya tak bagus hehehe. Jadi terimalah seadanya... jagalah percakapan kita semua kerana setiap yg diugkapkan dari kekasih akan memberi kesan... walaupun dia terasa sedikit lama-lama menjadi bukit dan merebak didalam hati.... jadi jagalah percakapan itu... wasalam...


P/S= Aku tak mahu hidup dah...............
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!