Alkisah telah tertulis dalam kitab maktub sejarah-sejarah asal usul negara dunia. Tersebut sebuah kisah bagaimana kisahnya negara Denmark mendapat nama. Adapun, Makcik Rabeah seorang pencuci kapal layar milik tentera portugis yang berasal dari Tampin, Negeri Sembilan. Ketika kapal layar portugis mendarat di Melaka, makcik Rabeah telah meng'apply'kan kerja tukang cuci didalam kapal tersebut. Setelah lebih 3 tahun portugis menjajah Melaka kini tibalah masanya untuk mereka meninggalkan Melaka.
Makcik Rabeah yang sangat rajin dan disayangi oleh ketua portugis tu turut dijemput untuk ikut belayar meninggalkan melaka. Maka makcik Rabeah kenalah ikut sambil membawa 11 orang anak lelakinya. Setelah sepurnama belayar tibalah mereka disebuah negara yang tidak diketahui namanya. Maka inginlah dijajah juga oleh orang portugis ini, maka mendaratlah tentera portugis untuk menyerang namun tentera negara itu sudah bersiap sedia untuk menahan asakan tentera portugis. Akhirnya semua tentera portugis mati dalam peperangan, tinggallah makcik Rabeah dan 11 orang anaknya. Mereka ditangkap dan dibawa menghadap raja. Raja itu bertanya kepada makcik Rabeah... "Hoi perempaun tua, tahukah kau nama negara ini?". Makcik Rabeah pun berkata "tidak tahu tuanku!". "Ciss.. perempan bodoh, nama negara ini pun kau tak tahu" tempik raja.
Makcik Rabeah terasa malu apabila beliau dikatakan bodoh di hadapan anak-anaknya lalu makcik Rabeah menjerit ke anaknya.
"Tak guno punya anak, namo negaro ni pon ekau tak tau.... sapo bodo? Mak ko ekau bodoh?"
Lalu anak pertama menjawab "Den mak". Ditanya berulang-ulang kali dan kesemua anaknya menjawab "den mak".
Raja yang tak faham bahasa nogori tu mendengar berulang-ulang kali sebutan "den mak" lalu berkenan pula dengan perkataan itu. Raja terus menamakan negara mereka sebagai nama DENMARK kerana nama lama negara mereka sangat buruk iaitu 'LOMBU'. Lalu makcik Rabeah dilepaskan dan 11 orang anaknya dilatih untuk menjadi pemain bola sepak negara Denmark.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan