Selasa, 14 Jun 2011

Cerita Suka Duka Seorang Penyarah

Menarik betul artikel yang aku dapat melalui email yang diceritakan oleh seorang pensyarah kepada pelajar pelajarnya.Apa yang diceritakan oleh pensyarah itu adalah melalui pengalamannya sendiri.(agak touching jugala time baca artikel ni)

Buat korang especially student,aku cadangkan korang teruskan baca artikel ini untuk pengajaran dan pedoman hidup.

Assalamualaukum..
Untuk semua rakan-rakan dan mereka yg membaca di ruangan ini.sekadar ingin berkongsi sedikit pengalaman hidup.Jika ada yang boleh dijadikan sempadan dan tauladan atau pengajaran dan cabaran

pelajar2 saya sering berkata kepada saya.."dr, bestnya ada phd kan..bestnya jadi pensyarah.. tentu gaji pensyarah besarkan?" itulah yang sering diucapkan kepada saya. dan akhirnya satu hari, saya bertanya di dalam kelas, "boleh tak saya nak ambil masa kamu nak cerita sikit?" semua pelajar saya menjawab serentak "Boleh.." Hari ni saya nak ceritakan pengalaman saya buat phd.. (sambung pelajaran utk dptkan phd).dan mereka meletakkan pen dan pensil utk mendengar cerita saya.

" saya buat phd atas 2 sebab. pertama, memang itu cita2 saya. keduanya, kerana polisi universiti yang menwajibkan setiap pensyarah mesti memiliki ijazah phd. Ada org kata phd..penyakit hasad dengki. tapi bagi kami, phd adalah "permanent head damage" . pelajar2 saya tergelak besar bila mendengar istilah tersebut. Damage bukan bermakna rosak..tapi nak menunjukkan peritnya liku2 hidup yang terpaksa dilalui utk mendapatkan sekeping ijazah bernama Phd..

Tahun 1997 saya dan suami serta dua org anak ke Birmingham, UK utk melanjutkan pelajaran. suami saya mengambil cuti tanpa gaji selama 3 tahun. Dia menyambung peringkat sarjana dan saya peringkat phd. bermakna anak2 saya akan hidup dengn dua org 'pelajar' yang akan sentiasa sibuk dengan buku2 dan tugasan yang perlu disiapkan.

Hujung 1997, anak2 saya mendapat tahu mereka akan mendapat seorang adik yang akan dilahirkan pd pertengahan 1998. bertambah lagi satu cabaran..selama 10 bulan, saya berulang-alik ke universiti di mana saya perlu ambil dua bas atau satu bas dan keretapi utk sampai ke universiti. saya tnyakan pada pelajar2 saya, boleh tak awk semua bayangkan bagaimana seorang ibu yg pregnant menjadi pelajar? Kalau dibandingkan dengan kamu semua yang masih solo...tinggal dlm kampus, ada bas disediakan.. tapi ada di antara kamu yg masih lewat datang ke kelas?" Pelajar2 saya terdiam...tidak ada lagi bunyi ketawa. mereka faham, saya sedang 'menyindir' sambil bercerita.

Julai 98, saya selamat melahirkan anak ke3..seorang lagi anak lelaki. dan bulan itu juga suami saya menerima ijazah sarjananya. Dia telah selamat tamatkan sebuah episod..tapi perjuangan saya belum selesai. supervisor meminta saya berusaha lebih gigih..supaya lebih cepat siap dan dapat phd. 

Waktu malam suami saya bekerja part time di kilang cadbury. agaknya kurang selesa hanya tolg menjaga anak2 semasa saya ke universiti. atau tidak selesa tidak ada pendapatan sndiri. ada masanya saya membaca buku atau menaip tugasan sambil meriba anak saya yang masih bayi..dan suami saya pula melayan dua org anak saya yang waktu itu berumur 7 tahun dan 4 tahun. Saya tanyakan kpd pelajar2 saya.."Susah sangatkah kamu belajar dalam keadaan kamu yg masih bujang? kenapa masih ada yg tidak siapkan tugasan yg diberikan pensyarah?"

Bulan Disember 08..saya telah tempah tiket utk kami sekeluarga pulang ke msia pada bulan April. tujuan utama utk mencari data utk kajian phd saya. saya telah mula mbeli hadiah utk adik2 saya dan saudara mara di kampung. Begitu juga dengan suami yg mencari hadiah utk adik beradik dan keluarganya. Bulan januari 09 saya dikejutkan dgn panggilan telefon drpd adik saya.. memberitahu adik lelaki bongsu saya berumur 15 tahun meninggal dlm kemalangan motorsikal dan van kilang tak jauh dari kawasan kampung. 

Allah saja yg tahu, betapa rindunya saya pada adik kesayangan saya. Adik yg saya jaga seperti seorang ibu menjaga anaknya..dan terngiang2 di telinga saya, adik saya berkata, "Ami dah kurus sekarang..kalau kak long balik nanti mesti terkejut tengok ami..(dia membahasakan diri dia kami sejak kecil, tapi cuma sebut ami). ikutkan hati..saya ingin terbang pulang hari tu juga.utk menatap wajah adik saya buat kali terakhir. tapi saya tak mampu, apatah lagi tiket2 bulan april dah dibayar sepenuhnya. Seharian saya cuma menelefon, bertanya apa yang berlaku. adik2 saya cuma memberitahu, " jenazah dah dimandikan.. dah dikafankan dan dah dikebumikan. " 3 hari 3 malam saya menitiskan airmata..saya tidak menelefon ibubapa kerana tidak mahu mendengar mereka menangis. saya hanya bercakap dengan adik2 di kmpg. 

Hanya suami menelefon ayah saya dan mengucapkan takziah dan minta bersabar. tapi pada hari adik saya meninggal dunia, saya tetap pergi ke kelas macam biasa. kawan2 bertnya, kenapa tidak rehat saja di rumah? saya memberitahu mereka, kalau saya menangis sampai keluar airmata darah pun..adik saya tak akan hidup semula. lebih baik saya ke kelas..teruskan hidup macam biasa.tapi sepanjang jalan ke universiti airmata saya keluar. saya bertanya kepada pelajar saya.. "kenapa ada di antara kamu yang selalu ponteng kelas hanya kerana masalah kecil? kerana bergaduh dgn boyfriend..hanya kerana putus cinta dengan girlfren..? waktu itu saya lihat ada pelajar2 saya yang dah menitiskan airmata.

selepas 3 hari...saya berhenti menangis. dah kering airmata. dan daripada Januari 1999 hingga tahun 2002 saya tidak boleh menangis. sesedih mana pun..saya tk boleh menangis. Saat itu baru saya tahu betapa menangis itu satu nikmat pemberian Allah kepada hamba2Nya. Terlalu sakit rasanya bila kita tidak dapat menangis. Waktu menziarah kubur adik saya..saya tidak menangis walhal saya amat rindukan dia. Ada satu perkara yg perlu saya ceritakan..semasa di UK setiap kali selepas saya solat, saya akan berdoa.."Ya Allah panjangkanlah umur datukku..(saya dibesarkan oleh nenek dan datuk). Berilah saya peluang utk berjumpa datuk, ayah dn ibu." itulah doa saya setiap hari. saya terlalu bimbang tidak dapat bertemu dengan datuk atau ayah dan ibu. sebb kita selalu berfikir yg tua akan pergi dulu. Bila adik meninggal, saya tersentak. saya tidak pernah berdoa utk adik2 saya..kerana selalu berfikir yang muda akan hidup lebih lama drpd yang org tua.

Allah mengajar saya..saya dapat apa yg saya minta..dapat bertemu dgn datuk, ayah dan ibu. Tapi Allah mengajar saya..jangan lupa org muda juga boleh diambil nyawanya bila2 masa. perasaan bersalah sebab tidak mendoakan adik2..buat saya rasa terduduk.menyesal dan macam2. bila difikirkan, apakah hak saya utk meminta Allah panjangkan umur hamba2Nya..sebab Allah dah berkata di dalam al-Quran " Bila datang ajal anak Adam, tidak akan lewat atau cepat sesaat pun.." Sejak hari itu..saya cuma berdoa, berikanlah kepada kami semua kebaikan di dunia dan akhirat." lambat atau cepat pulangnya seorang hamba adalah hak Allah utk menentukan. Saya insaf...saya tidak perlu 'mengajar' Allah apa yang patut dilakukanNYa.

sejak itu juga setiap kali pelajar2 saya kata, "dr, tolong doakan saya dapt kerja di perak..tolong doakan saya dpt kerja ini dan itu.." saya mmberitahu mereka.."Maaf, saya cuma akan doakan utk kamu, berikanlah yang terbaik utk pelajar2 saya." Allah tahu apa yang terbaik utk kita. kita tidak perlu mengajar Allah.tidak perlu 'memerintah' Allah buat itu dan ini...Kadang2 apa yang kita rasa baik utk kita tidak semestinya baik..jadi, terima ketentuan Allah dengan hati yang redha.

Note : Kesimpulannya dari artikel ini,gunakan masa korang sebagai seorang student sebaik baiknya kerana masa itu cukup berharga dan tidak boleh diulang kembali!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!