Ahad, 26 Jun 2011

Fly to Kelantan =)

Hari jumaat lepas aku telah pergi ke kelantan bersama Pok Mat (ayah mentua abang aku) yg berjiwa muda hakhak. Wokey pada petang hari Khamis tu sepupu aku call aku mengatakan yg pok mat ni ajak aku ke kota bharu untuk menghantar kereta. Pok mat ni orang perlis asalnya jadi dia tak faham bahasa kelantan hakhak, dan dia berkerja satu tempat dengan abang aku iaitu di sebuah kedai menjual kereta kat temerloh ni. Ada lah pergawai bank dari kelantan membeli kereta dari syarikat tempat dia berkerja. Pada malam hari khamis tu pulak abang aku sendiri call aku suruh teman bapak mentua dia ni jadi aku pun dengan rela hati lah temankan.
Oleh kerna pok mat ni demam jadi terpaksalah aku memandu hukhuk, pagi tu sebelum aku bertolak aku telah memakai cap (topi) sebab aku tengok tiada tinted pada cermin kereta tu. Biasalah kalau kereta baru memang tak ada pun menda tu dan memang rabak lah mata aku bila matahari memancarkan cahayanya hakhak. Aku tak faham lah, macam mana orang boleh memandu tanpa tinted pada cermin kereta masing2. Kebanyakan kereta yg orang beli tak akan memasang tinted, walaupun kereta sendiri. Aku rasa hanya 50% je pemilik kereta sendiri yg memasang menda ni, korang tak silau ke? kalau kat cermin tingkap atau cermin belakang tu tak apa lah juga tapi kalau kat cermin depan tu peerrrgghhh gila babun punya silau. Macam pangang mata jadinya, sampai kat mana entah aku terlihat sesuatu terbaring atas jalan. Masa ni kabus punya lah tebal 50 meter je jarak penglihatan, rupa-rupanya lembu yg terbaring dan agak ngeri sebab lembu tu terkepak dua. Bayangkan kepala lembu tu bertemu dengan bontot dia dan bahagian tengah patah, punyalah kuat hentakan pelangaran tu. Sampai tiga ekor lembu mati dari sebelah kanan tercampak ke sebelah kiri. Aku rasa mesti lori trelar besar yg langar ni, dan aku lagi pelik bila dalam keadaan kabus tebal ni masih ada pemandu yg tuli tak menyalakan lampu kenderaan masing2. Bukan apa untuk keselamatan sendiri juga bagi pemandu lain nampak atau perasan akan kenderaan korang tu. Dari pukul 7.30 pagi dan pada pukul 2.30 petang sampailah kat kota bharu hahaha kalau dengan sahabat aku paling lama pun 6 jam je kitaorang dah sampai tapi dengan pok mat ni agak membosankan lah. Banyak sangat berhentinya dan slow ala romantis je memandu.
Memang agak susah dan leceh bila tugas menghantar kereta ni, yaaaa dulu aku pun pernah kerja macam ni. Masa ambil kereta memang best sebab boleh suka hati je laju mana nak bawa dan tak perlu risau apa2 pun cuma risiko kereta rosak tu lebih tinggi. Perkara biasa kalau kereta rosak di tengah perjalanan hahaha tapi bila tugas menghantar ni agak leceh. Yelah, kena berhati-hati supaya kereta tu tak mengalami sebarang kemalangan besar atau kecil. Risiko kerosakan tu tipis je tapi risiko calar tu besar, kalau korang lah masa membeli kereta tengok kereta tu cantik je tapi bila dapat ada calar dan kerosakan apa korang rasa?
Cuba korang memandu untuk sampai dengan cepat tapi jangan sampai kereta tu calar atau rosak, penuh berhati-hati...mmmmm... leceh kan hahaha. Macam tu lah aku memandu, tuan punya kereta sibuk nak cepat je tahu. Kemungkinan untuk kereta tu calar dan rosak memang tinggi, yelah jalan punya lah teruk macam hampeh. Batu dan pasir pula boleh mencalarkan kereta, kalau korang ikut belakang lori banyak batu kecil akan melambung kena kereta korang. Menjadi tangungjawab aku untuk memastikan kereta itu sampai dalam keadaan yg sama seperti mana tuan punya kereta tu lihat semasa membeli. Kalau kotor tu tak kisah sangat memang dah adat kadang2 jalan ada yg berlecah. Calar halus walaupun sehalus rambut pun tak nak terjadi kat kereta tu haaaa leceh kan. Kena ingat bukan kereta sendiri, ok ada tips sedikit kalau korang memandu jauh jangan biarkan badan menjadi panas minum banyak air. Kereta yg aku hantar tu memang panas sebab tiada aircond dan tinted hahaha radio pun tak ada kalau ada aircond pun tak guna sebab tak ada tinted. Kalau tak ada tinted panas juga, jadi bagi yg baru kerja seperti ini atau berniat nak kerja macam ni sila ikut apa yg aku cakap takdi, memang lumayan korang akan dapat bila kerja yg macam ni. Jaga kereta tu baik2 jangan bagi sedikit pun rosak, hantar secepat boleh tapi jangan sampai membahayakan nyawa pulak. Sifat bertangungjawab tu perlu ada dan sekiranya korang tak tahu jalan ke sesuatu tempat tu bawalah orang yg arif bukan yg belagak arif hahaha.
Dah pasal kereta, dulu pok mat ni ada lah pergi meminang orang kelantan untuk anak dia. Ada lah orang yg berlagak arif nak tunjukan jalan huuhahaha oleh sebab masa tu aku dan geng aku baru balik dari kelantan dan letih jadi kami tak dapat lah nak membantu pok mat ni. Jadi ada lah orang lain yg berlagak arif membantu, diaorang bertolak dari pukul 5.30 pagi dan pusing punya pusing sampai lah kat rumah pihak perempuan tu pukul 5.30 petang peerrggghhh hahahaha lawak deerrr 12 jam tu. Berguling-guling aku dan sepupu aku gelak bila tahu pasal ni, lama betul diaorang nak sampai. Sebab tu lah pok mat ni ni cakap "pergi dengan hang tak penin pun, terus sampai noh" hahaha. Bukan aku nak berlagak tapi tak pernah buat dek orang pergi kelantan dari temerloh 12 jam, macam nak pergi Pataya Thailand je hahaha. Bayangkan lah sampai semua orang dah balik yg tinggal mak ayah pihak perempuan je masa tu. Tak ke malu jadinya terus sempoikan je majlis tu.
Oleh kerna tak ada orang yg tahu aku pergi kelantan hehehe termasuk lah "mem" eehhhh sekarang sudah tukar "mek aku" hahaha korang jangan jeles noh. Uik bunyik kedah pulak hahaha, masa kat sana ada lah member aku ajak lepak haha dan aku layan je sebab diaorang tak tahu yg aku tak ada kat temerloh masa tu. Petang hari jumaat tu selepas aku siap mandi (air perigi) hehe aku call lah mek aku yg sorang tu, saje nak buat kejutan sebab dia tengah bekem dengan aku huuhahaha. Kaco dia sesedap rasa baru aku bagi tahu yg aku ada kat sana hahaha. Oleh kerna pok mat ni kena balik temerloh pada hari tu juga jadi pergilah beli tiket untuk dia, pok mat ni cakap bahasa kedah jadi bila kat sana dia agak kaku dan aku lah yg kena cakap untuk dia. Walaupun dia tak faham tapi buat2 faham hahaha jadi agak masalah untuk dia berkomunikasi dengan orang kat sana.
Orang tak akan tahu yg dia tu bapak mentua abang aku sebab aku dengan dia macam member je. Dia berjiwa muda dan gatai duk ada hahaha jadi aku dengan dia selamber rock je lah. Aku cakap kat dia jangan ngorat aweks kelantan, di sebalik rupa comey tu ada kebekeman hakhakhak jadi jangan tertipu dengan rupa yg ayu itu. Bagi yg tak tahu apa itu bekem hikhik bekem ni dalam bahasa pahang ialah pemarah atau orang yg kuat marah. Ala-ala singa gitu hahaha macam mek aku tu hahaha jadi kena banyak sabar. Lepas aku uruskan pok mat untuk menaiki keretapi, memang dia agak kecewa sebab aku tak balik bersama dia hahaha. Aku pun bercandalah dengan mek aku tu, walaupun mek aku tu pose ganti waahahahaha kami masih berjalan kesana kesini.
Hari sabtu selepas berbincang dengan anak sedara aku yg baru abis prektikal kat terenganu. Kitaorang akan balik hari ahad untuk memberi peluang pada aku berdating tiba2 dia nak balik hari sabtu tu juga. Agak kecewa sebab aku belum puas bercanda lagi dan tak sempat untuk membeli barang kat thailand pun. Dengan penuh kesyaduan aku terpaksa lah balik juga, kalau ikutkan hati memang aku nak suruh dia balik sorang2 je tapi bila aku fikirkan semula nanti lepas kat mana pula dia dah lah dia tak tahu nak naik keretapi dan barang dia punyalah banyak tak ingat, perampuan pula tu. Atas tangungjawab dan perlindung kepada anak buah aku teman lah dia balik dan mek aku dengan muka syahdunya menghantar dengan terpaksa aku ke stesen keretapi. Wajah yg membuatkan aku serba salah, belum sempat untuk melepaskan rindu dah kena berpisah kembali. Aku dah agak salah seorang akan kecewa dengan keputusan yg aku buat. I'am sooooooooo sowi lah my dear!

P/S= Tiada gambar yg boleh aku bagi korang tengok sebab ada masalah sikit dengan handfon aku ciiisssssss!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!