Jumaat, 3 Jun 2011

BOMOH DAN DUKUN

Pawang adalah suatu istilah yang digelarkan kepada seorang paranormal yang  sangat arif dan mahir dalam menguasai bidang perubatan herba tradisi  dan mengetahui rahsia hubungan dua hala di antara  alam ghaib terutama jin, bunian dan syaitan dengan alam nyata . Seseorang yang yang bergelar pawang jika tidak salah saya berasal dari daerah melayu siam terutama Perak, Kelantan , Kedah, Perlis dan Pattani (Negeri Islam). Gelaran pawang hanya dimiliki oleh seorang tokoh perubatan yang amat luar biasa keilmuannya dari kalangan orang orang yang  beragama islam berketurunan melayu. Jarang sekali ada gelaran ini dipakai oleh orang jawa yang berada di Malaysia atau dari Indonesia.


Apabila kita merujuk kamus dewan , kita akan dapati ia bermaksud gelaran yang diberikan kepada seorang pengamal perubatan tradisional sama seperti bomoh dan dukun di kalangan umat melayu ini mengikut kepakaran dan ketinggian kerohanian mereka. Kebanyakkan dari mereka dari alam jin sangat takut dan hormat serta patuh dengan ketinggian ilmu serta kerohaniannya.
Pawang juga mempunyai kebolehan melemahkan semangat haiwan atau binatang buas seperti harimau, buaya dan lain lain. Seorang pawang adalah juga seorang yang bomoh yang bertugas sebagai penawar penyakit zahir fizikal manusia dan batin , mental manusia. Jika kita perhatikan  mereka ini terdiri dari kalangan orang orang alim, yang tidak mengajar di masjid menjadi guru taamir dan sebagainya., tetapi orang ramai mengenalinya sebagai orang alim nahu, usuluddin dan lain lainnya. Mereka  adalah manusia yang suka mengasingkan diri dari kesibukkan dunia, bersifat merendah diri dan sangat kuat beribadah pada malam hari.
SIAPA YANG LAYAK BERGELAR PAWANG ?
Tidak pernah seorang manusia muslim berani menggelarkan dirinya sebagai pawang kerana tokoh seorang pawang adalah dianggap mempunyai ilmu yang sangat ampuh. Ini terbukti dengan peristiwa peristiwa lalu yang bersangkut paut dengan mereka. Sehingga apabila mereka ini meninggal dunia tiada pengganti yang layak menggantikan tempat mereka. Sebagai contohnya salah sebuah negeri di semenanjung Malaysia dan beberapa buah negeri lainnya , jawatan pawang yang rata rata serba boleh di dalam berbagai bidang banyak yang kosong tanpa penjawat. Di negeri Perak sendiri terdapat kekosongan jawatan pawang diraja sehingga kini . Tiada siapa pun yang mampu dan berani menawarkan diri. Jadi jika raja di setiap negeri mengiktiraf institusi kepawangan in , kenapa pula khutbah jumaat mensyirikkannya.
Seorang pawang yang sebenar diiktiraf oleh mana mana kerajaan negeri , ilmu dan kemampuannya telah teruji. Salah satu acara untuk menguji pawang yang dikatakan mampu mengawal sesebuah negeri semenjak dari zaman kesultanan Melaka lagi ialah dengan membawa salah seorang pawang menaiki perahu di salah sebuah sungai yang mengalir deras airnya. Mata pawang akan diikat kain hitam dan diminta terjun ke dalam sungai dengan mata terikat mencari semula telur yang telah dicampakkan ke dalamnya sebelum itu. Perahu pula tidak dibenarkan berhenti berdayung atau bergerak sehingga pawang tersebut naik semula ke permukaan dan hendaklah mengejar perahu tersebut sehingga dia dapat menaiki perahu itu semula dengan sebiji telur bertanda yang telah ditemuinya.
Keadaan ini memerlukan seseorang yang mahir dan mengenal ilmu nafas di dalam air serta ilmu bernafas seperti di dalam perut ibu yang berkait dengan ilmu uri tembuni. Perkara ini mengembalikan diri sang pengamal kepada diri kejadian diri dan pengetahuannya yang sebenar mengenal dan mengetahui ilmu rahsia ketuhanan. Pawang seperti ini kebanyakkannya adalah khalifah khalifah suluk tarikat tertentu yang telah menghabiskan masanya dari sekian masa yang ada hanya dengan menumpukan diri di bidang kerohanian. Mereka lebih cenderung untuk tidak berahi dengan makan minum yang lazat lazat dan menyelerakan, menjauhi nafsu jimak yang tidak henti henti dengan mengurangkan memakan makanan yang bernyawa , membanyakkan berpuasa sunat isnin khamis serta memperbanyakkan sedekah kepada anak anak faqir dan miskin. Perkara ini pada mereka sangat dituntut kerana ia boleh menyucikan jiwa dan meningkatkan kerohanian diri supaya tubuh rohaniah dirinya yang halus tidak nampak oleh mata kasar ini  berpakaian yang lengkap.
KITA BUKAN BERSEORANGAN , KITA BERTEMANKAN ROH DAN QARIN
Dalam hal ini pernah seseorang ahli kerohanian memberitahu saya bahwa salah seorang alim dari suatu negara yang diperkirakan handal berhujjah menggunakan hadis dan firman didapati hanya berkain sarung tidak berpakaian lengkap seperti pakaian kita yang nyata. Ini adalah sesuatu yang baru mungkin pada kita pada hari ini, tetapi sebenarnya perkara ini sudah menjadi kelaziman bagi orang dulu dulu buktinya mereka selalu berkata ” Ora Kelamben,” ( tidak berbaju ). Sepatutnya seorang yang alim, diri rohaniahnya mestilah berkain sarung, berjubah atau berbaju kurung, berkopiah atau bersongkok sebagai lambang tertutup aurat batin dan paling istimewa ialah berserban dan bertutup di atas serban. Semua itu ada maknanya, bukan saja saja orang tua dulu berkata begitu. Kalau semua orang begitulah kerohaniannya alangkah mesranya alam buana ini kembali ke zaman yang sebaik baik zaman ” Kurunku, kurun sahabatKu dan kurun selepas sahabatKu “
Seharusnya perkara itu tidak boleh sampai begitu sekali, ini menunjukkan seseorang yang gagal dalam membentuk diri rohaniahnya ke peringkat yang lebih baik dari semasa ke semasa. Jangan terlalu mengutamakan pakaian ilmu zahir tubuh kasar ini sehingga  terlupa memakaikan pakaian pakaian tertentu kepada tubuh rohaniah kita yang telanjang bulat tanpa disedari. Orang orang yang diri tubuh rohaniahnya tidak berpakaian dan gelap suram sepanjang masa tidak akan di segani oleh jin di alam mereka, bahkan mereka berani menggertak rohaniah kita yang mengecil takut tergigil melihat jin. Walhal kita sebagai sarungnya rasa seperti berani tetapi rupanya kita dan rohaniah diri kita takut dan tewas bila berhadapan dengannya. Itu bagi orangyang menghadapi ancaman jin tanpa menggunakan pendamping atau khadam ayat al quran. Mereka menentang jin kafir hanya menggunakan diri rohaniah yang terasuh secara diam dan amat terahsia malah tiada sesiapa pun tahu kekuatan rohaniah yang mampu menampar dan memukul jin secara nyata seperti kita menampar pipi kita sendiri. Oleh sebab itu para jin islam dan jin kafir termasuk bunian sangat takut dan menghormati mereka. Sehingga ada di antara mereka tok tok pawang ini dengan mudah memanggil jin untuk disuruh ke kedai atau ke pasar dan sebagainya yang dengan menepuk lantai, sekonyong konyong datanglah jin jin kepada mereka menunduk nundukkan kepalanya. seperti al kisah nabi Sulaiman as dan nabi Nuh as dan juga para sahabat Rasulullah SAW yang ahli dalam bidang kepawangan ini seperti Ibnu Abbas r.a dan ramai lagi yang tidak tercerita oleh para perawi kisah kisah mereka keseluruhannya. Penulis akan melampirkan beberapa kisah tokoh pawang atau bomoh dari kalangan para sahabat nabi saw inshaallah sedikit masa nanti.
KAEDAH BACAAN SEBAGAI JAMPI .
Sebenarnya tok pawang yang sebenar tidak memerlukan sebarang peralatan dan jampi atau apa apa ayat al quran untuk memanggil dan menyuruh mereka pergi dari suatu tempat ke tempat yang lain. Pawang hanya perlu menyebut nama mereka supaya datang bertandang dan pergi menghilang. Rahsia seorang pawang yang tidak akan terbuka kecuali dengan rahmat dan maunah dari Allah jua yang disebut keramat wali jin dikalangan manusia dan jin.
Pawang dari jenis ini tidak mempunyai sebarang bentuk jampi ayat atau mantera kecuali jika ada orang orang yang tahu dirinya boleh dijadikan pembimbingnya, maka pawang akan mengajarkan sesuatu ilmu itu berdasarkan keadaan yang tertentu kepada muridnya. Ada yang hanya diajarkan beberapa kalimat dengan bahasa melayu sahaja mampu menghalau jin dengan cara yang amat mudah sekali.
Jika dia sendiri yang akan melaksanakan kerja kerjanya maka jarang dia menggunakan alat peralatan tertentu kecuali kemenyan yang sememangnya dituntut sebagai jalan pemecah atau peneutralan gelombang yang boleh membantu mengubah gelombang yang positif di mana gelombang ini akan terbentuk setelah dibakarkan kemenyan atau minyak wangi seperti yang banyak diketahui rahsianya oleh orang orang arab dengan kayu gaharu dan cendananya serta orang orang Paris yang menyimpan rahsianya dengan penghasilan minyak minyak wanginya. Boleh juga meneutralkan gelombang cukup dengan membacakan surah alfatihah dan surah surah tertentu seperti surah ikhlas termasuklah selawat dan salam. Itu pun kena lihat dulu siapa yang membacakannya, bukan boleh oleh orang sembarangan. Di dalam hal kerohanian orang orang ini biasanya bertaraf ‘tahlil’ atau dilantik sebagai ‘khalifah’dan mampu mengijazahkan ilmunya kepada orang ramai. Bukan khalifah biasa yang memimpin bacaan yasin dan tahlil beramai ramai itu.
WALI KECIL DAN KITA PENULIS CERITA, PERBANDINGAN ANTARA KEDUANYA.
Seorang pawang sebenarnya ialah salah seorang yang bertaraf wali Allah yang mampu menimbulkan maunah dan keramat kecil dengan memindah atau mengambil barang atau memerintah alam jin dengan membawanya dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain. Inilah diantara kemampuan mereka. Jadi jika sekiranya tok pawang yang seperti ini adalah kekasih allah yang tidak pernah mengaku dirinya wali malah dirinya ialah tok awang, tok awe..maka itulah salah seorang manusia yang patut kita cium kaki dan tangannya..tidak akan sesat perjalanan kita selama ada dia bersama kita. Ingatkan kepada arwah seseorang yang bernama Tok Awang…? Tok tok pawang ini samalah darjatnya dengan Tok Awang Kenali yang anda tahu dan anda kenali itu. Penulis pernah berbicara dengan arwah tok awang Kenali pada tahun 2009 dahulu dan beliau sempat berpesan beberapa perkara kepada penulis yang banyak kekurangannya ini.
Jadi, siapalah kita yang duduk enak enak di dalam bilik aircondition tidak terkena panas tidak terkena hujan , tidak pernah mahu puasa isnin khamis, berlapar dengan sengaja melawan hawa nafsu, sukar untuk bangun malam beribadah takut menangis kepada tuhan, kedekut bakhil dan tamak..yang tiada juga menunjukkan ciri ciri islam mukmin yang sebenar dan tidak pernah rasa ingin bertaubat dari perbuatan maksiat walauupn sedar diri berilmu agama..tiba tiba berkata kata dengan menghina dan menjatuhkan hukum berdamping dengan pawang atau bomoh yang baik baik ini syirik dan murtad. Alangkah kasihannya saya kepadanya..teramat saya kasihani, maka bacalah makalah ini supaya dapat menyedarkan diri dari kesombongan dan keangkuhan. Berapa ribu gaji yang diterima dari sang raja tuan tuan yang diguna semula untuk menghina para wali yang tidak kita sedari ini ? Bertaubatlah kepada Allah mudah mudahan taubat kita semua diterima.

BOMOH.
Istilah bomoh berasal dari Thailand, siam dan negeri utara semenanjung yang mengisyaratkan kepada seorang pengamal perubatan tradisional. Penguasaan mereka di dalam ilmu pemilikan dan pemerintahan keseluruhan alam jin bunian syaitan dan lain lainnya agak terhad. Seorang bomoh siam yang mendapat dampingan dari jin ifrit tahap kedua dan ketiga sudah dikira amat tangguh jika dinilai dari keupayaannya menafikan atau mempertahankan diri menghadapi pengamal perubatan tradisional islam seperti para guru guru agama yang lebih terkenal dengan panggilan ustadz dewasa ini. Sebab itu walaupun telah berkali kali dijampikan menggunakan ayat ayat al quran penyakitnya tidak juga menampakkan tanda kurang. Jin jin dari golongan ini tidak boleh sama sekali ditengking atau dimarah marah apa lagi dipukul. Semakin garang perawatnya maka semakin kuat jin jin bangsa ini memperkukuhkan kedudukan di dalam tubuh manusia yang disakitinya. Mereka berpegang kepada janji yang dimeterai oleh ketua pemerintahnya dari jin ifrit besar yang mendampingi bomoh sihir atau dukun santet. Jika anda ingin membumuh bomoh atau dukun sihir ini maka pujuklah atau rundinglah jin pemerintah yang mendampingi bomoh sihir yang biasanya mereka ini terdiri dari kalangan orang asli atau orang siam kafir.

BOMOH dari kalangan bangsa melayu islam pula kebanyakkannya masih mengamalkan sebahagian mentera lama. Akan tetapi selari dengan peredaran zaman yang berubah dari masa ke semasa bomoh melayu mula meninggalkan amalan karut dan khurafat serta mula menukar kaedah rawatan secara islam menggunakan jampi dari ayat ayat al quran. Kepada golongan seperti mereka ini pula adakah perlu kita memerangi mereka dengan memberikan kenyataan yang amat mengelirukan. Sebenarnya bomoh dari kalangan melayu yang beragama islam dan beriman menggunakan amalan amalan rahsia perbomohan orang tua tua dulu yang tersimpan pada diri mereka beberapa rahsia perubatan yang tinggi nilainya Tanpa sedikit pun mencacatkan syara’ kecuali bomoh yang tidak memahami ilmu islam yang sebenarnya.

Seorang pengamal perubatan yang tinggal di utara negeri biasanya digelar orang dengan nama BO-MOH ( tukang ubat/tabib). Mudah mudahan benar tekaan penulis. Jika tersalah penulis memohon ampun kehadrat Allah Subhanahu Wataala. Di kalangan melayu berketurunan jawa pengamal perubatan yang mengamalkan kaedah tradisional ini pula digelar “DUKUN”.
 
DUKUN.
Apabila kita terdengar perkataan DUKUN kita segera teringat dengan BOMOH. Sebenarnya dua nama ini berlainan nama dan berlegar di kalangan bangsa yang berbeza, tetapi kerjanya sama. Merawat penyakit menggunakan herba dan jampi samada jampi lama atau jampi dari ayat ayat al quranul karim.
Orang orang jawa menggelarkannya sebagai dukun. Lebih teruk lagi sebilangan besar besar dukun mereka kebanyakkannya mengamalkan ilmu hitam. Jadi, lahirlah gelaran ‘dukun tenung’ dan ‘dukun santet’ yang menyeramkan kita yang mendengarnya. Mereka juga membantu para pesakit dengan merawat mereka menggunakan herba tradisional dan jampi jampi serapah termasuk doa dari ayat ayat al quranul karim. Pada penulis rawatan dari mereka masih boleh diterima berdasarkan beberapa hadis nabi saw yang membenarkan jampi serapah yang tidak membawa kepada kesesatan. Sebenarnya apakah jenis jampi yang salah itu..Selagi jampi serapah yang dibacakan itu tidak mensyirikkan yakni menduakan Allah swt selagi itu ia masih boleh digunakan seperti kisah Rasulullah saw memeriksa beberapa orang bomoh, atau pawang dari kalangan para sahabat suatu waktu dahulu. Pembaca semak semula kisah rawatan dan jampi serapah yang masih dibenarkan penggunaannya oleh Rasulullah saw.

BIDAN atau DUKUN BAYI
Di jawa seorang perawat ibu yang mengandung atau sedang atau telah melahirkan anaknya dipanggil Dukun Bayi. Di Malaysia atau di Kementerian kesihatannya membenarkan istilah penggunaan bidan bayi ini digunakan. Mereka ini sebenarnya amat membantu para ibu yang hamil menghadapi masalah anak songsang. Kepala bayi di atas dan kaki bayi di bawah. Bidan atau dukun bayi amat faham perkara ini , mereka hanya dengan menggunakan tangan mesra bayi mereka dapat menukarkan keadaan bayi yang terbalik kedudukan sewaktu ibunya akan bersalin dengan mudah, amat mudah sekali.
Jika kedudukan ini tidak diperbetulkan maka para ibu yang akan bersalin akan menemui musyaqqah kepayahan yang amat berat sekali sehingga membawa kepada kematian. Para doktor akan segera melakukan pembedahan jika tiada dukun atau bidan yang mampu menukarkan kedudukan bayi songsang ini.

AHLI NUJUM ATAU KAHIN BAGI YAHUDI.
Inilah manusia yang amat dilarang kita temui untuk berurusan dengan mereka. Rasulullah SAW amat melaknat seseorang yang menemui para ahli nujum atau penilik nasib supaya dapat menceritakan nasib dirinya pada masa akan datang dengan ketentuan yang tidak pasti. Sekalipun berita yang disampaikan itu benar benar belaka Rasulullah SAW sangat membantah dan melarang kita sebagai umat islam mempercayai dan menghampiri mereka.
Amalan ini banyak dilakukan oleh orang yahudi dan nasrani termasuk hindu dan buddha. Kita juga umat islam berbangsa melayu tidak terlepas dari ikatan kepercayaan seperti ini. Berbeza pula dengan amalan jawa yang disebut naga hari. Itu adalah berdasarkan perkiraan kai bintang falaq yang mempunyai kod kod rahsia tertentu menggunakan huruf hijaiyah tertentu yang tidak dapat dirungkai permasalahannya oleh kita yang dungu dan jahil mengenai alam kerohanian rendah dan tinggi ini. Kita pulangkan segalanya kepada mereka yang benar benar arif dan amat mengetahuinya. Mereka itu adlah para arif billah, radiallahu anhum.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 ulasan:

Hamba Allah berkata...

Saya dan keluarga pulangkan semua kepunyaan kamu selama lamanya

Hamba Allah berkata...

Saya dan keluarga pulangkan semua kepunyaan kamu selama lamanya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!