Selasa, 7 Jun 2011

Kek Cawan Coklat Oren

BAHAN-BAHAN:
125 gram mentega
125 gram gula kastor
2 biji telur
125 gram tepung naik sendiri
25 gram serbuk koko
1/2 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil parutan kulit oren


CARA MEMBUAT:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 Celsius
2. Dalam pada itu pukul mentega dan gula hingga kembang dan masukkan telur.
3. Masukkan tepung, serbuk koko yang telah diayak bersama serbuk penaik.
4. Masukkan parutan kulit oren dan kacau sebati
5. Masukkan ke dalam acuan kertas dan bakar selama 20 minit




KRIM AISING
Bahan-bahan:
250 gram mentega
450 gram gula aising
1 sudu kecil esen vanila


Cara Membuat:
1. Pukul mentega sehingga kembang dan masukkan gula aising dan esen vanila.
2. Pukul sebati sehingga kembang dan ringan
3. Hiaskan di atas kek
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!