Khamis, 16 Jun 2011

OH! LEMBU Part 1

Seorang pemuda yang miskin tinggal bersama seekor lembu peninggalan bapanya, kehidupannya amat daif sehinggakan nak makan pun susah. Pada satu hari pemuda ini mendapat idea lalu membawa lembunya pergi ke bandar, tiba di bandar pemuda itu mula menjerit:

"Sesiapa yang berjaya membuat lembu aku ni duduk aku akan bagi hadiah RM1 juta tapi kalau tidak berjaya akan didenda RM100!!"

Maka datanglah orang ramai berpusu-pusu untuk mencuba nasib, dari yang kecik ke yang tua, yang kurus ke yang gemuk, yang lembik ke yang gagah tetapi semua tak berjaya. Pendapatan si pemuda ni semakin baik dari hari ke hari dan dia berjaya mengumpul RM1 juta sehingga datang lah seorang panglima yang perkasa cuba mendudukkan lembu tersebut. Di hentaknya lembu tu, di terajang kakinya, di tarik supaya jatuh tetapi lembu tu tetap tak nak duduk.
Selepas panglima tu cuba datang pula seorang budak kecik nak cuba dudukkan lembu tu. Semua orang gelakkan budak kecik ni, "panglima yang gagah ni pun tak boleh nak dudukkan lembu ni, kau yang kecik ni pula nak dudukkan lembu ni, apa lagi pergi lah cuba" kata pemuda tu kepada budak kecik. Budak kecik ni pun pusing keliling macam cari sesuatu kat lembu tu pastu tetiba je lembu tu duduk dengan keempat-empat kaki berlipat. Orang ramai mula rasa pelik macam mana budak ni boleh dudukkan lembu tu, dengan selamber budak tu jawab:
"lembu ni kan lembu jantan, aku jentik je telur dia sampai senak tu yang terduduk tu !!!!"
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!