AMARAN KERAS dari aku sebagai penulis dan pemilik blog ini. Bagi anda yg mengalami lemah jantung, perempuan mengandung, lemah semangat dan penakut tahap kencing malam DILARANG sama sekali untuk melihat video yg dipaparkan.
Anda juga tidak dipaksa untuk mempercayai semua perkara yg terdapat dalam post ini. Bagi yg mempunyai pandangan lain atau melibatkan mana-mana pegangan ajaran yg bercanggah dengan apa yg terdapat dalam post ini, angaplah apa yg ada dalam post ini sebagai dogengan sahaja.
Kesahihan atau kebenaran video ini aku tak boleh pastikan tetapi menurut sumber, semua orang yang adalam dalam video ini adalah pengamal perubatan (bomoh), tujuan mereka adalah untuk membuktikan kepada semua bahawasanya alam lain itu wujud. Menurut dari sahabat aku yang mempunyai kebolehan untuk melihat alam lain gambaran wajah hantu yang dia nampak adalah sama seperti didalam video ini. Dia juga telah bersembang atau berborak dengan hantu2 yang ada dalam malaysia ini.
Sahabat aku ni penah berborak dengan Akak Pon (puntianak), menurut hantu puntianak tu ia mati disebabkan oleh perbuatan manusia durjana. Dia mati setelah menjadi mangsa rogol dan bunuh. Oleh sebab dia pilih DENDAM, semasa mati sebab tu dia jadi puntianak. Kerana ingin membalas dendam terhadap perogol itu dan keturunan perogol itu maka dia telah menjadi puntianak. Sekarang setelah dendam dia telah habis terlaksanan dia hanya akan bertengek di mana2 sambil melihat bulan. Sebab apa dia duk tengok bulan je? Sebab dia tunggu bulan tu sujud... korang faham tak maksud dia?? Sebenarnya dia tunggu hari kiamat, dia tak di terima bumi dan langit. Kebanyakan puntianak terjadi disebabkan dendam.
Pocong... korang tahu macam mana? alaaa hantu bungkus tu. Wajah hantu ni mudah je, menurut sahabat aku tu hantu ni tengkorak yang bermata merah, wajah dia penuh dengan sawang. Pocong ni adalah orang yang semasa hidupnya membela hantu raya dan apabila mati bertukar jadi pocong.
Langsuir ni jenis tak malu, sopan lagi puntianak sebab langsuir ni tak pakai apa2 baju. Bogel terus, langsuir ni dari orang perempuan juga tapi aku tak tahu sebab apa dia jadi hantu ni. Langsuir berwajah cengkung, buah dada dia terletak kat belakang badan dan mempunyai sayap seperti kelawar. Aweks batman kot hakhak
Toyol.. korang mesti tahu kan tak perlu aku cerita dah. Toyol ni lebih tetarik pada barangan mainan. Cara untuk menghalang hantu ni dari curi duit korang ialah dengan meletakkan bulu, bukan bulu ayam tau tapi bulu manusia. Bulu apa itu aku tak pasti mungkin rambut atau bulu kening, bulu hidung. Menurut sahabat aku tu rahsia toyol yang diberi oleh langsuir ialah toyol takut pada bulu ari2 (bulu pada kemaluan wanita) eemmm entah betul atau tak tapi memang toyol ni takut pada bulu. Pantang larang toyol tu... uik toyol pun ada pantang larang juga ek. Alaaa macam orang yang pakai susuk kan ada pantang larang dia, susuk tu pun pakai hantu juga boleh jadi hantu toyol ni pun ada pantang larang dia jugak. Cerita dari teman aku yang lain pula kisah semasa dia berkerja di kuala lumpur, dia menyewa rumah dengan seorang anak dari keturunan bomoh. Ada satu malam tu dia dengan anak bomoh tu ternampak toyol masuk rumah mereka. Toyol ni bergerak dengan lajunya memang susah nak tangkap, oleh sebab kawan dia tu tahu lah serba sedikit pasal ilmu bomoh ni (anak bomoh tu kan) jadi dia merancang untuk menangkap toyol tu. Cara yang dia gunakan ialah dengan menabur kacang hijau sebab apa kacang hijau? Bukan untuk membuat tojol tu jatuh tersungkur tapi untuk membuatkan toyol tu leka mengutip sambil mengira kacang tu. Jadi peluang untuk menangkap itu lebih mudah tapi mereka tak berjaya juga sebab budak bomoh tu tak berapa power ilmu dia.
Penangal... alaaa yang terbang kepala dengan isi perut tu je. Yang ni aku tak pasti hantu atau tidak sebab dari segi pengatahuan aku lah. Penangal ni adalah orang yang tak mati lagi tapi telah memperlajari ilmu hitam. Yaaa dia orang ada ilmu hitam seperti orang minyak tu, bersubahat dengan syaitan untuk mencari kesenangan di dunia. Menurut dari sahabat aku tu penangal ni akan meningalkan badannya di rumah atau di mana2 tempat yang dia lakukan pemujaan untuk bertukar manjadi penangal. Jadi korang pergi je cari badan dia tu dan letakkan duri kat bahagia tengkuk supaya dia tak boleh mencatumkan kembali kepala dia tu dan dia akan cari korang untuk mengalihkan balik duri tu. Menurut kata orang tua dulu2 letakkan daun mengkuang je kan daun tu mempunyai duri, cara zaman dulu kala. Kalau dari pemikiran aku pula apa kata terbalikan je badan dia tu, nanti bila dia cantum balik mesti muka dia ke belakang badan. Selain dari orang bersalin, penangal juga suka kepada mayat jadi bila ada orang meninggal pengamal ilmu hitam ni akan bertukar menjadi penangal dan mencuri mayat orang untuk dimakan. Mayat yang dicuri itu akan digantikan dengan batang pisang, dari pandangan mata kasar tak perasan mungkin mata kita telah disihir jadi sebenarnya kita sedang menguruskan batang pisang untuk dikebumikan tapi mata kita nampak itu adalah jenazah manusia, sumber ini aku dapat dari pengakuan pengamal ilmu ini sendiri yang aku baca dari sebuah buku. Untuk mengenal pasti orang yang mengamal ilmu ini korang boleh perhatikan pada bahagian dada atau tengkuk orang tu mempunyai parut hitam mengelilingi tengkuk dia seperti rantai.
Wokey cukup sampai kat sini je lah, sebenarnya aku sendiri penah melihat kelibat menda halus ni atau hantu tetapi bila aku dengar orang lain bercerita pasal menda ni mesti aku tak percaya hehehe sebenarnya kita perlu percaya juga pada menda ini. Ada alam lain selain alam kita, wujudnya syaitan dan iblis itu untuk menyesatkan kaum adam. Adanya kaum jin di alam ghaib dan makhluk halus yang tak dapat kita lihat dengan mata kasar. Sesungguhnya buka kita sahaja makhluk ciptaan Allah S.W.T.
P/S= Korang rasa seram tak hehehehe sebenarnya video itu bukanlah rekaan atau di edit. Video itu adalah seperti rancangan Seeker dari malaysia tu.. alaaahh yg kat TV7 tu. Real punya hehe bagi korang yg tak percaya sila angapkan apa yg ada dalam artikel ini adalah dogengan semata-mata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan