Ahad, 12 Jun 2011

Kek Cawan Blueberry

BAHAN-BAHAN:
115 gram tepung serba guna
225 gram mentega
150 gram gula aising
1 sudu besar jem blueberry
225 gram serbuk badam
4 biji telur } diambil putihnya sahaja

CARA MEMBUAT:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 Celsius
2. Dalam masa itu pukul putih telur sehingga kembang
3. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan tepung, jem blueberry dan serbuk badam dan gaul sebati.
4. Gaulkan putih telur tadi bersama adunan
5. Masukkan ke dalam acuan kertas dan bakar selama 15 minit


KRIM AISING
Bahan-bahan:
250 gram mentega
450 gram gula aising
1 sudu kecil esen vanila

Cara Membuat:
1. Pukul mentega sehingga kembang dan masukkan gula aising dan esen vanila
2. Pukul sebati sehingga kembang dan ringan
3. Hiaskan di atas kek
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!