Rabu, 15 Jun 2011

Kek Cawan Badam Suji

BAHAN-BAHAN:
250 gram mentega
180 gram gula kastor
6 biji telur } ambil kuning sahaja
2 biji telur } ambil putihnya sahaja
1 sudu besar esen vanila
40 gram tepung serba guna
120 gram serbuk badam
20 gram tepung Semolina




CARA MEMBUAT:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 Celsius
2. Dalam masa itu pukul mentega dan gula sehingga kembang dan masukkan kuning telur
3. Masukkan esen vanila dan kacau sebati
4. Masukkan bahan-bahan kering dan biarkan selama 2 jam
5. Pukul putih telur dan gaulkan bersama adunan yang telah diperap tadi
6. Masukkan ke dalam acuan kertas dan bakar sehingga 20 ke 25 minit




KRIM AISING
Bahan-bahan:
250 gram mentega
450 gram gula aising
1 sudu kecil esen vanila


Cara Membuat:
1. Pukul mentega sehingga kembang dan masukkan gula aising dan esen vanila
2. Pukul sebati sehingga kembang dan ringan
3. Hiaskan di atas kek
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!