Jumaat, 10 Jun 2011

Kek Cawan Mocha

BAHAN-BAHAN:
250 ml air
250 gram gula kastor
125 gram mentega
2 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu kecil serbuk penaik
2 sudu besar serbuk kopi
225 gram tepung naik sendiri
2 biji telur

CARA MEMBUAT:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 Celsius
2. Pada masa itu panaskan air dan gula kastor di atas api yang sederhana dan kacau sehingga gula larut.
3. Masukkan mentega, serbuk koko, serbuk penaik, serbuk kopi dan biarkan mendidih kemudian sejukkan.
4. Masukkan tepung dan telur ke dalam adunan yang telah sejuk tadi dan kacau sebati.
5. Masukkan ke dalam acuan kertas dan bakar selama 25 minit


KRIM COKLAT
Bahan-bahan:
250 ml krim putar
500 gram coklat masakan

Cara Membuat:
1. Panaskan krim putar sehingga mendidih
2. Alihkan dari api dan masukkan coklat masakan dan kacau sehingga coklat cair
3. Hiaskan di atas kek yang telah siap tadi
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!