BAHAN-BAHAN:
75 gram serbuk koko
225 ml air panas
125 gram mentega
275 gram gula perang
2 biji telur
200 gram tepung serba guna
1 sudu kecil serbuk penaik
CARA MEMBUAT:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 Celsius
2. Dalam pada itu masukkan serbuk koko ke dalam air panas dan kacau sebati. Biarkan sejuk.
3. Pukul mentega dan gula perang sehingga kembang. Masukkan telur dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung yang telah diayak dan campuran air koko tadi dan gaulkan sebati.
5. Masukkan ke dalam acuan kertas dan bakar selama 25 minit
KRIM COKLAT
Bahan-bahan:
250 ml krim putar
500 gram coklat masakan
Cara Membuat:
1. Panaskan krim putar sehingga mendidih
2. Alihkan dari api dan masukkan coklat masakan dan kacau sehingga coklat cair
3. Ambil krim lalu hiaskan pada kek
Tiada ulasan:
Catat Ulasan