Tajuk tiada kena mengena dengan apa yg aku nak bebelkan disini hahaha sowi pada korang yg berangapan bahawa aku akan tulis sesuatu yg agak syahdu gitu. Saja aku buat tajuk ni sebab aku rasa ada sesuatu yg best hahaha. Aku dapat tajuk ni kat ehem..ehem...teeettt.
Mukadimah.... cuba korang perhatikan pada gambar rumah tu.... aku tak pasti lah dari suku kaum mana. Rumah warisan ni, kalau dari segi reka bentuk macam rumah minang kabau. Rumah ni ada dalam kawasan
Yaa Chenor Pahang hehehe. Sebenarnya aku dan sepupu aku... eehh silap.. abe jangok mu (aku) dan abe diy mu (sepupu aku) ada lah ambil sab (kontrek) dengan TNB untuk memasang singbord keselamatan pada pencawang. Mengikut sab tu kitaorang kena pasang kawasan Mentakab je tapi disebabkan oleh abang tnb yg pegang kunci pecawang tu, sampailah kitaorang kat chenor. Luar kawasan derrr
Haaa ni kereta hak milik abang tu.. korang kenal tak? Abang ni berasal dari kemaman, orang ganu tu. Mula2 abe diy mu dah naik berang... yelah meraban je abang ni bawa kitaorang, tak ada perancangan langsung. Abe jangok mu ni pun mula dah naik bengang sebab kerja dah jadi leceh. Tapi oleh sebab abang tu dengan sopan malunya mengaku sendiri yg dia tak tahu kat mana kawasan pencawang kat mentakab ni jadi abe jangok mu dan abe diy mu pun tak boleh nak kata apa lah. Dengan berat hati terpaksa melayan lah cara kerja yg leceh ni.
Haa nampak tak abe diy mu tu tengah ejas sikit hahaha. Abang tu bawa kitaorang hanya kat pencawang yg dia tahu je sebab tu kita orang punyalah jauh keluar kawasan. Boleh pulak dia tanya kat abe jangok mu ni kat mana kawasan pencawang.. peerrhhh mana lah aku tau deerrr. Siap juga kerja kami akhirnya, dan ini lah kerja sampingan yg aku dan sepupu aku buat. Korang pun kalau ada peluang buatlah kerja yg macam ni cari duit sampingan. Kerja mudah je, yg penting halal.
Ada kawan aku yg kerja atas kapal baru balik, rasa macam best je kerja dia tu. Berlajar 6 bulan kat laut pastu baru ada cuti kejab balik kampung. Aku rasa macam nak join dia kerja je hehe tapi kalau aku jatuh kat dalam laut semasa tengah berlajar tu macam mana ek?? aku dah tak pandai berenang hakhakhak.
Wokey lepas ni aku ada cerita benar yang akan dipost dan dikongsikan pada korang. Kisah yg diberi oleh pakar kauseling dan pakar2 lain lagi, semua kisah tu adalah benar dan bukan rekaan. Korang boleh ambil pengajaran dari kisah tu.
Oppss sebelum terlupa. pada sesiapa yg dengan sengaja aku buatkan model dalam blog ini hehehe kalau tak suka gambar korang disiarkan kat blog ini boleh bagi tahu kat aku untuk aku padamkan. Semua model aku dapat dari tenet hehe secara rawak je aku ambil. Sowi ok..
P/S= Banyakkan guna akal dari perasaan. Berfikir lah, ada otak tu gunakan jangan nak ikut perasaan je hehehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan